Kelab Belia Belia Tamil Merlimau (KBBT Merlimau) telah ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Yang Berbahagia HAJI
AHMAD ITHNIN dengan bantuan Pengerusi Majlis KBBT Malaysia , Tuan Sivaraman .
KBBT Merlimau telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia dibawah seksyen 10
AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 dan nombor pendaftarannya
ialah PPBM 3514/09
No pendaftaran: PPBM 3514/09 Bertarikh : 17 MEI 2009.
KKBT Merlimau telah bersiap
sedia sebagai Pertubuhan belia yang mempunyai segala potensi untuk berperanan
sebagai agen perubahan,penyampai maklumat serta menjadi agen penghubung dalam
usaha melahirkan golongan belia yang berjati diri dan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi .
KBBT Merlimau berkeupayaan
menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan
mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu
dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada diperingkat kebangsaan, negeri dan
daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan
belia dan masyarakat.
Sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar KBBT Merlimau
akan memperkasakan belia , mengukuhkan kepimpinan dan pentadbiran pertubuhan
belia melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
No comments:
Post a Comment