Logo dan Bendera Kelab




Bendera dan Logo Kelab Bendera dan lencana Kelab adalah menyamai Bendera dan Lambang yang telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan bagi Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, iaitu seperti berikut:

LOGO  KELAB
Dalam bulatan yang mempunyai 13 teratai merah terdapat satu loceng yang berwarna emas dengan keadaan menyerung ke sebelah kiri berlatar belakangkan warna putih

                                  
BENDERA KELAB
Bendera Kelab ini berukuran 5‘ x 3‘ dengan warnanya Kuning. Di tengah-tengah bendera terdapat loceng yang berwarna emas dengan keadaan menyerung kesebelah kiri. Di sekeliling loceng itu disinari oleh cahaya putih. Seterusnya terdapat satu bulatan yang terdiri daripada daun teratai merah yang berkembang. Dalam bulatan tersebut terdapat sebuah cakera bergigi yang berwarna biru.

           
                                                 


 
Keterangan Warna
i. Loceng yang berwarna emas menggambarkan tujuan-tujuan Kelab dan kewajipan pemuda-pemudi.
ii. Daun teratai yang berwarna merah bermaksud 13 buah negeri di Malaysia.
iii. Cakra bergigi yang berwarna biru menunjukkan ikatan dan perpaduan dengan lain-lain pergerakan belia.
iv. Latar belakang putih menunjukkan perasaan perdamaian kelab ini.
v. Warna kuning menunjukkan taat setia kelab terhadap negara.



No comments:

Post a Comment